Thursday 21 July 2011

Tempahan Baju Kahwin

Assalamualaikum,

Lama dah tak tulis blog ni, sangat busy dengan kerja diofis, dengan kena mengadap muka bos yang tak berapa cun tu (patut tak kawin lg..kejam tak?tak, sebab die kejam kat aku). So, cukup pasal bos ku yang terlampau tu, mari cerita pasal hal baju kahwin ni.

Hari isnin hari tu, kak maya sms cakap nak datang rumah, nak amik ukuran baju. Baju yang aku tempah kat die dalam 5 helai, 3 baju lelaki, 2 baju perempuan. Baju kahwin aku ni semua aku punya sendiri, tak sewa kat kedai pun, budget nak wat business la pas kawin ni, tak tau jadi ke tak, sama2 doa la ye..Kak Maya ni aku kenal dalam FB, baik orangnya, cuma aku rasa dia ada problem dalam business and time management, mungkin dia perlu hire aku sebagai consultant die..hehe...

So dah amik ukuran semua, figure pada tali tape tu mmg sangat tak memuaskan la...hehe..tu bukan salah dia, salah aku la...hehe..Jadi kita tgu hasilnya nanti..

Antara baju2 yg menjadi inspirasi aku, adalah seperti berikut...


Ni baju untuk En Abg



Ni untuk tangan baju nikah aku


Ni baju untuk potong kek


Ni untuk beads baju En Abg


N ini untuk baju En Abg jugak....


Tunggu la hasilnya nanti, aku pun gerun...huhu


Baju Nikah Aku Hilang...Apa????

Assalamualaikum...

Hari ni tiba2 rasa nak update blog ni, tapi nak cite pasal baju nikah je, kenapa? sebab semalam aku mimpi baju nikah aku hilang...arghhhhhhhhh..sedih gile, bila tersedar dari mimpi, lepas nafas panjang la, rupanya hanya mimpi...huhu..tak basuh kaki sebelum tido la ni...

Cite pasal baju nikah, disebabkan cuba untuk menjimatkan kos, dan masih nak kelihatan cantik, jadi aku telah memilih utk menempah baju nikah dan cari la tailor yang murah skit, yang pasti hasil mesti superb..superb ke tak kena tgu bulan oktober ni ye...

Inspirasi aku? Siti la, apa lagi...Siap beli kain lebih kurang sama je, akak tailor pun pelik aku dpt cari kain sebijik macam baju siti tu, macam mane rupanye baju siti yang aku suka sgt tu? Macam ni la...


Hope kak maya leh wat ye mcm sebijik macam ni, dengan kain2 skali..=)

Saturday 2 July 2011

Jodoh, jangan ditangisi...

Assalamualaikum,

Blog hari ini masih mempunyai unsur kahwinkahwin, tetapi lebih berbaur motivasi atau kata-kata nasihat. Bukan ingin mengatakan aku expert dalam hal-hal percintaan ni, tetapi pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui banyak mengajar aku tentang erti cinta. Nasihat yang boleh kongsikan, JANGAN MENANGIS KERANA CINTA MANUSIA...

Cinta itu datang dari Maha Pencipta, di cipta untuk hambanya agar saling berkasih sayang, dan bagi menyucikan hubungan cinta itu, ia diikat dengan tali pernikahan. Maka bercintalah kerana ia merupakan syariat dan bukan kerana nafsu. Buat apa ditangisi percintaan yang mungkin tidak kesampaian atau kerana cinta dikhianati?

Kawan-kawan, yakin la pada jodohmu, kalau kita ditinggalkan atau tidak bertemu dengan pilihan hati, jangan bersedih, teruskan berdoa, mungkin Allah ingin mempertemukan mu dengan seseorang yang lebih baik dan selayaknya untuk membimbingmu ke jalannya. Sesuatu yang bernilai itu tidak datang bergolek dan sesuatu yang indah itu perlukan usaha dan pengorbanan. Jadi kawan-kawan ku, Amalina Akram dan Ayu Mustapha, blog ini ditujukan khas untuk anda.


Wednesday 29 June 2011

Perekod Cinta

Hari ni aku nak cerita sikit tentang orang-orang yang bertanggungjawab untuk merekodkan event kita, tentu dan pastinya wedding photographer. Mungkin ada antara kita yang tak kesah pun pasal gambar kahwin dia, PERINGATAN di sini, TOLONG lah kesah. Aku cakap ini atas pengalaman aku sendiri. Bayangkan selepas hampir setahun kita menguruskan majlis perkahwinan kita, dengan pelamin sama besar dgn rumah, fresh flowers lagi, hantaran kemain cantik, baju lip lap, kalau la tak ada gambar2 yang cantik untuk rekod moment kita tu, alahai...kecewanya..

Jadi kawan2, tolong la ambil berat tentang ni ye...

Jadi disebabkan aku sangat la memilih tentang photographer ni, memang aku survey habis-habisan la. Nak yang cantik, tapi nak murah, memang tak dapat la kan..huhu..jadi, kena la korban kan skit duit tu, byr lebih skit xpe, jgn tak puas hati, itu konsep aku...

Jadi setelah disurvey2, ada beberapa photographer yang sangat la aku berkenan, tapi byk terpaksa ditolak, bukan sebab hasil tak cantik ok, sebab bajet aku x dpt menmpung mereka, sedihnye..huhu..Kalau sesiapa yang berminat boleh la tengok2 website/blog dorang ye, search je nama dorang kat google tu...Calon-calonnya adalah:-






Bila tengok nama-nama ni, baru aku perasan, eh, korg sume lelaki ye? mana pompuan2 ni? Kalau perempuan dapat hasilkan gambar yang cantik, mesti dapat sambutan, sebab senang untuk pengantin perempuan nak berurusan, betul tak?

Nak tahu photographer mana menjadi pilihan hatiku? Tungguuuu...

Monday 27 June 2011

Hantaran

Mari cerita pasal hantaran. Hantaran aku tak susah sebab aku dah tau macam mana yang aku nak, ala-ala macam ari wedding, sangat la cantik, penuh dengan fresh flowers. Contoh macam ni




AriWeddingCouture

Bagi sesiapa yang suka bunga2 ni mungkin suke kot hantaran yang begini, kalau yang tak berapa minat bunga, mungkin boleh guna idea lain...Disebabkan aku dah berkenan sangat design ala2 macam ni, aku pun mencari la mana2 butik yang boleh buatkan hantaran aku lebih kurang macam ni tapi dengan harga yang murah. Bila harga dah kurang tu, bunga pun terpaksa la dikurangkan, akhirnya, jadi begini la hantaran aku


Kamera

Kasut

Kemeja

Al-Quran

Dengan siapa aku tempah. Dengan nurularbeecreation.com. Kak Nurul ni best tau. Boleh dibawa berbincang. Range harga, pergi bincang ngan die ye, tapi bawah RM100 la. Selamat semua...




Sunday 26 June 2011

Pelamin tunang

Pelamin tunang? Penting ke? Dulu-dulu buat kat bilik je, ok je, tunang je orang, selamat je dia kahwin, dah anak beratur panjang je, so nak kena gak ke pelamin masa tunang ni?...argh, wat per serabut perut, tepuk dada tanya selera, tanya poket la..kalau ada budget lebih, nak merasa ada pelamin, buat je la kan...

So, setelah aku menepuk dada aku, aku rasa aku nak pelamin, mini sudah, janji boleh duduk...jadi aku pun menyurvey2 la pelamin yang ada, sebab nak yang murah-murah je, kena la cari mini pelamin kan? Biasa nya ada butik yang akan tawarkan pakej2 tunang ni, ada yang RM500, ada yang RM1000, ada yang RM2000..macam aku cakap td, tepuk la dada korang, jangan tepuk dada orang sebelah pulak...

Ada beberapa butik yang aku berkenan, berdasarkan pelamin nye la, ni adalah beberapa gambar yang korang boleh tengok2 kan...

Wedding by Sher

Starzurin Bridal Boutique

Rumpunan Mekar


Idaman Jelita

Akhirnya, aku memilih untuk menggunakan khidmat aqizabridal.blogspot.com...pergi survey sendiri ye..hehe

My E-day

Assalamualaikum,

Post hari ni aku nak cite pasal urusan pertunangan aku. Setelah dibincang-bincang, kami setuju untuk bertunang pada 12 March 2011, maksudnya sama la dengan birthday aku. En Faruk? Dia tak kesah, janji aku happy..hehe

So, disebabkan aku sangat bersemangat dalam hal tunangtunang and kahwinkahwin ni, 5 bulan sebelum tunang aku dah mula prepare (semangat tak?hehe). Dah cari2 butik pengantin, dah survey katerer, dah tengok2 hantaran, dah plan goodies yang nak diberi. Memandangkan mak aku pun jenis yang bersemangat, memang senang la urusan aku..duit pun, loan mama la..hehe...

Jadi, sebelum aku cite apa yang aku dah lakukan untuk majlis tunang ni, jom tgk gambar2 skit...cite2 lain, tunggu kt post lain ye...



Cubaan Pertama

Assalamualaikum...

Kahwinkahwin? Apa Kahwinkahwin?....
Setelah hampir setahun aku menguruskan hal kahwin-kahwin ni, agak biol gak la, sebab susah nak cari reference, dengan masa yang sangat limit, sebab keje kat ofis kan (kalo keje sendiri or menganggur tu sng la), susah sikit la nak survey2 ni...

Akhirnya aku rasa aku terpanggil nak buat blog ni. Untuk aku? Aku dah lepas dah, walaupun kahwin nya bulan November ni, preparation dah hampir 80% done. Aku berharap dapat tolong rakan2 yang bakal membina masjid, mungkin blog ini dapat membantu dalam urusan Kahwinkahwin anda...

Kepada semua bakal pengantin..Good Luck...