Saturday 2 July 2011

Jodoh, jangan ditangisi...

Assalamualaikum,

Blog hari ini masih mempunyai unsur kahwinkahwin, tetapi lebih berbaur motivasi atau kata-kata nasihat. Bukan ingin mengatakan aku expert dalam hal-hal percintaan ni, tetapi pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui banyak mengajar aku tentang erti cinta. Nasihat yang boleh kongsikan, JANGAN MENANGIS KERANA CINTA MANUSIA...

Cinta itu datang dari Maha Pencipta, di cipta untuk hambanya agar saling berkasih sayang, dan bagi menyucikan hubungan cinta itu, ia diikat dengan tali pernikahan. Maka bercintalah kerana ia merupakan syariat dan bukan kerana nafsu. Buat apa ditangisi percintaan yang mungkin tidak kesampaian atau kerana cinta dikhianati?

Kawan-kawan, yakin la pada jodohmu, kalau kita ditinggalkan atau tidak bertemu dengan pilihan hati, jangan bersedih, teruskan berdoa, mungkin Allah ingin mempertemukan mu dengan seseorang yang lebih baik dan selayaknya untuk membimbingmu ke jalannya. Sesuatu yang bernilai itu tidak datang bergolek dan sesuatu yang indah itu perlukan usaha dan pengorbanan. Jadi kawan-kawan ku, Amalina Akram dan Ayu Mustapha, blog ini ditujukan khas untuk anda.


No comments:

Post a Comment