Wednesday 29 June 2011

Perekod Cinta

Hari ni aku nak cerita sikit tentang orang-orang yang bertanggungjawab untuk merekodkan event kita, tentu dan pastinya wedding photographer. Mungkin ada antara kita yang tak kesah pun pasal gambar kahwin dia, PERINGATAN di sini, TOLONG lah kesah. Aku cakap ini atas pengalaman aku sendiri. Bayangkan selepas hampir setahun kita menguruskan majlis perkahwinan kita, dengan pelamin sama besar dgn rumah, fresh flowers lagi, hantaran kemain cantik, baju lip lap, kalau la tak ada gambar2 yang cantik untuk rekod moment kita tu, alahai...kecewanya..

Jadi kawan2, tolong la ambil berat tentang ni ye...

Jadi disebabkan aku sangat la memilih tentang photographer ni, memang aku survey habis-habisan la. Nak yang cantik, tapi nak murah, memang tak dapat la kan..huhu..jadi, kena la korban kan skit duit tu, byr lebih skit xpe, jgn tak puas hati, itu konsep aku...

Jadi setelah disurvey2, ada beberapa photographer yang sangat la aku berkenan, tapi byk terpaksa ditolak, bukan sebab hasil tak cantik ok, sebab bajet aku x dpt menmpung mereka, sedihnye..huhu..Kalau sesiapa yang berminat boleh la tengok2 website/blog dorang ye, search je nama dorang kat google tu...Calon-calonnya adalah:-






Bila tengok nama-nama ni, baru aku perasan, eh, korg sume lelaki ye? mana pompuan2 ni? Kalau perempuan dapat hasilkan gambar yang cantik, mesti dapat sambutan, sebab senang untuk pengantin perempuan nak berurusan, betul tak?

Nak tahu photographer mana menjadi pilihan hatiku? Tungguuuu...

No comments:

Post a Comment