Thursday 21 July 2011

Tempahan Baju Kahwin

Assalamualaikum,

Lama dah tak tulis blog ni, sangat busy dengan kerja diofis, dengan kena mengadap muka bos yang tak berapa cun tu (patut tak kawin lg..kejam tak?tak, sebab die kejam kat aku). So, cukup pasal bos ku yang terlampau tu, mari cerita pasal hal baju kahwin ni.

Hari isnin hari tu, kak maya sms cakap nak datang rumah, nak amik ukuran baju. Baju yang aku tempah kat die dalam 5 helai, 3 baju lelaki, 2 baju perempuan. Baju kahwin aku ni semua aku punya sendiri, tak sewa kat kedai pun, budget nak wat business la pas kawin ni, tak tau jadi ke tak, sama2 doa la ye..Kak Maya ni aku kenal dalam FB, baik orangnya, cuma aku rasa dia ada problem dalam business and time management, mungkin dia perlu hire aku sebagai consultant die..hehe...

So dah amik ukuran semua, figure pada tali tape tu mmg sangat tak memuaskan la...hehe..tu bukan salah dia, salah aku la...hehe..Jadi kita tgu hasilnya nanti..

Antara baju2 yg menjadi inspirasi aku, adalah seperti berikut...


Ni baju untuk En Abg



Ni untuk tangan baju nikah aku


Ni baju untuk potong kek


Ni untuk beads baju En Abg


N ini untuk baju En Abg jugak....


Tunggu la hasilnya nanti, aku pun gerun...huhu


Baju Nikah Aku Hilang...Apa????

Assalamualaikum...

Hari ni tiba2 rasa nak update blog ni, tapi nak cite pasal baju nikah je, kenapa? sebab semalam aku mimpi baju nikah aku hilang...arghhhhhhhhh..sedih gile, bila tersedar dari mimpi, lepas nafas panjang la, rupanya hanya mimpi...huhu..tak basuh kaki sebelum tido la ni...

Cite pasal baju nikah, disebabkan cuba untuk menjimatkan kos, dan masih nak kelihatan cantik, jadi aku telah memilih utk menempah baju nikah dan cari la tailor yang murah skit, yang pasti hasil mesti superb..superb ke tak kena tgu bulan oktober ni ye...

Inspirasi aku? Siti la, apa lagi...Siap beli kain lebih kurang sama je, akak tailor pun pelik aku dpt cari kain sebijik macam baju siti tu, macam mane rupanye baju siti yang aku suka sgt tu? Macam ni la...


Hope kak maya leh wat ye mcm sebijik macam ni, dengan kain2 skali..=)

Saturday 2 July 2011

Jodoh, jangan ditangisi...

Assalamualaikum,

Blog hari ini masih mempunyai unsur kahwinkahwin, tetapi lebih berbaur motivasi atau kata-kata nasihat. Bukan ingin mengatakan aku expert dalam hal-hal percintaan ni, tetapi pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui banyak mengajar aku tentang erti cinta. Nasihat yang boleh kongsikan, JANGAN MENANGIS KERANA CINTA MANUSIA...

Cinta itu datang dari Maha Pencipta, di cipta untuk hambanya agar saling berkasih sayang, dan bagi menyucikan hubungan cinta itu, ia diikat dengan tali pernikahan. Maka bercintalah kerana ia merupakan syariat dan bukan kerana nafsu. Buat apa ditangisi percintaan yang mungkin tidak kesampaian atau kerana cinta dikhianati?

Kawan-kawan, yakin la pada jodohmu, kalau kita ditinggalkan atau tidak bertemu dengan pilihan hati, jangan bersedih, teruskan berdoa, mungkin Allah ingin mempertemukan mu dengan seseorang yang lebih baik dan selayaknya untuk membimbingmu ke jalannya. Sesuatu yang bernilai itu tidak datang bergolek dan sesuatu yang indah itu perlukan usaha dan pengorbanan. Jadi kawan-kawan ku, Amalina Akram dan Ayu Mustapha, blog ini ditujukan khas untuk anda.